Wednesday, August 1, 2007

PeriBajau

Hidup di Riyadh ni bosan sikit beb. Eh silap, bukan bosan sikit tapi bosan gila tahap Din Beramboi beb. Silap-silap boleh jadi unta padang pasir kalau tak pandai sesuaikan diri. Jadi, aku nak buatlah peribahasa aku sendiri untuk mengisi masa lapang aku selapang padang pasir Saudi ni. Kalau korang tak ada masa lapang, special yang kerja kuat sampai lupa anak bini tu, korang bolehlah ambil seberapa byk masa lapang aku ni.

Kalau tak suka tak apa, sebab peribahasa ni aku cipta ikut suka hati mak bapa Din Beramboi yang sebelah mana aku pun tak tau, tapi seingat aku sebelah tepi kanan sikit, kalau jalan terus sampai lah ke rumah Dato' K, tapi kalau korang jalan belakang aku rasa bolehlah korang jumpa unta-unta padang pasir. So, korang jangan pandai-pandai nak betulkan aku punya istilah peribahasa ni. Istilah peribahasa ni aku bagi nama "PeriBajau".

Aku kenalah bagi nama bahasa ciptaan aku, kalau aku tak bagi nama siapa lagi! Nak tunggu korang bagi nama bukan boleh pakai dan harap langsung. Tapi, aku tau nama tu memang besh... korang tak payahlah nak puji and bodek-bodek aku. Aku dah buat survey dah, 110% yang kata best gila istilah ni, kalau tak percaya korang cuba tanya arwah sebelah rumah korang tu. Tambah lagi peribajau aku ni susah nak create dan develop beb, mau pecah kepala batu Bill Gates di buatnya.

Okay, aku harap korang faham lah kan peribajau ni. Kalau tak faham juga, alamat nak pergi jauh lah tu. Bak kata arwah P. Ramlee, kalau ikut kira-kira, Juma'at ni lah. So, kalau tak faham, buat-buat faham je lah.

PeriBajau aku yang pertama ialah "Mag Parking-parking Ma Padang Pasir". PeriBajau ini bermaksud parking kereta ala-ala unta rehat di padang pasir. Kepada yang tidak pernah tengok unta rehat di padang pasir tu, peribajau ni maksudnya "aku punya suka lah parking macam mana pun, aku yang drive kereta dan korang bolehlah parking jauh sikit ataupun block kereta aku". Contohnya macam dalam gambar ni:


Aku harap korang boleh lah mula guna pakai peribajau ni.

Lastly, aku nak ucap syukran jazila kepada bro Helmi, gambar ni bro Helmi yang tangkap. Tak tau lah dia tangkap macam mana, yang pasti dia takdelah panggil polis macam korang, nak tangkap je panggil polis, nak tangkap je panggil polis, ketinggalan betul! Sekarang ni moden beb... semunya di hujung jari je. Faham-faham jelah kan. So, yang kuku panjang dan hujung jari tak sampai papan menaip tu, cepat-cepatlah potong kuku. Kalau tidak, jangan harap lah nak guna pakai teknologi generasi kita orang ni.

Okaylah, cukup untuk hari ni, aku ada 24 jam setiap hari bukan 25 jam. Jangan lupa komen! komen jeee.. jangan nak pandai-pandai kutuk, aku belasah karang! Dah! Pergi buat baby, banyak cekadak plak! Aku nak tido, besok nak sarapan at Al-Malas Restaurant, pekena teh tarik. Apa nak buat dah takde tempat lain, sekarang ni pun dah mula meleleh kari kat ketiak aku! hehe..

5 comments:

Anonymous said...

agak2 bosan amik la gambo menarik kat saner...macam tour guide..chossss

Wan Nadia said...

Hello Pok Cik,

Xdo kojer ker? Kalau xder kerja meh cni I kasi.... But cian kan, mesti bosan tahap babun kat sana...kekekeke.....PEACE!!!!

Ej said...

bosan .. korek hidung la..

burnz said...

wah wah wah... bebetol macam unta diaorg parking kereta tuh.. kah kah.. org arab mmg mcm unta...

btw, selamat membosankan diri anda.. keh keh keh

MOHD RIZAL said...

hehe!!! mmg patut pon nabi sumer turun .. kat bangsa diaorg.. degil mcm unta...heh!