Wednesday, November 21, 2007

Monday, November 19, 2007

The Dome of Rock - Batu Bergantung

Batu bergantung disebut dalam bahasa Arab sebagai Kubbah As-Shakra dan dalam bahasa Inggeris The Dome of The Rock. Ada cerita-cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan mikraj ke Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu mikraj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan masih ada dan dinamakan Kafaf Sayyidina Jibril.

Bagaimana pun, menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka yang berkata bahawa batu ini bergantung di antara langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam alQuran atau dalil-dalil yang kuat.

Batu ini panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki dan berbentuk hampir separuh bulatan. Di tengah-tengah batu ini terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil.