Hukum Kencing Tidak Lawas
SOALAN: Sebahagian orang mengalami masalah kencing berterusan atau kencing tidak lawas. Malah, ada yang sentiasa terkeluar mazi. Adakah hukum taharah dan ibadah bagi kedua-dua keadaan itu sama?
JAWAPAN: Keluar kencing berterusan adalah sama dengan keluar mazi berterusan kerana kedua-dua ini dihukum sebagai daaimul hadas iaitu hadas sentiasa ada. Justeru, orang yang mengalami masalah ini perlu membasuh kemaluan dan memakai lampin ataupun menutup dengan sebarang kain. Kemudian berwuduk dengan sempurna. Wuduk ini hanya sah bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat sahaja.
RUJUKAN LAIN:
Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=5qk6o2_LP2w
http://www.youtube.com/watch?v=oSyaiOM-Tlc
Halaqah
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9377.0
Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kencingtaklawas/Article/index
No comments:
Post a Comment